Sunday 13 July 2014

NIAT


(:
Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada kita untuk meneruskan hidup, memperbaiki iman dan mengajak orang sekeliling ke arah kebaikan.

(Ohh . terasa matured pulak bila intro camtu XD )

 

Today, I wanna talk about niat. *Berdiri kat stage sambil pegang microphone*

 

Kenapa niat?

 

Niat tu penting wooo.

 

Dengan niat, kita dapat bezakan mandi wajib atau mandi sunat. Dengan niat, kita dapat bezakan solat fardu atau solat sunat.Dengan niat kita dapat bezakan sama ada kita tolong mak cik lintas jalan tu sebab memang nak tolong atau sebab nak usha lelaki yang ada kat sebelah mak cik tu.Opss.

 

 

It’s all about NIAT or INTENTION

 

Dalam buku Hadith 40, hadis first yang diterangkan adalah niat.Sebab niat tu memang penting. Niat tu asas kepada apa-apa yang kita nak buat.

 

Imam Al- Baihaki kata,

“Tiada terkira amalan orang yang tidak berniat.”

 

So, apa-apa yang kita nak buat tu kita kena niat. Niat tu bukan setakat lafaz kat mulut je. Kena hadirkan kat  hati jugak. Tak lafaz kat mulut tak semestinya kau takde niat.

 

Contohnya kau bangun sahur sebab nak puasa. Tapi kau tak lafazkan niat. Kau tetap dikira berpuasa sebab kau sahur tu pun dah dikira niat. Ada ke orang sahur sebab nak pergi racing? Takde kan?Orang sahur memang sebab nak puasa kan?

Okay, faham?

 

Siapa yang rasa diri dia dah berubah jadi agak baik? (Ish. Tak payahlah nak angkat tangan.)

 

Alhamdulillah. Tahniah kepada anda yang dah turn to a better person. It’s kinda a good news.

 

Tapi, sebenarnya apa niat kita jadi baik?

 

Adakah kita  jadi baik sebab crush kita tu stok-stok ustaz ustazah? Atau kita jadi baik sebab nak suruh orang lain puji kita? Atau jadi baik supaya makcik jiran berkenan untuk buat menantu? Atau apa?

 

Tahu tak tujuan kita hidup ni untuk apa?

 

Okay, rujuk [2:30] dengan [51:56]

 

Ish. Lambatlah korang. Takpe biar saya bagitahu.

 

Kita ni diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Beribadat 24/7. Kan?

 

So, apa-apa amalan baik yang kita buat tu, kita niatkan lah sebagai ibadat.

 

 

Semuanya bermula dengan niat. Jadi, bagi sesiapa yang dah ada terpesong niat tu (including me), sila betulkan niat. Kalau tak, rugi je amalan yang kita buat kalau niat sebab lain.Kan?

 

Nak tahu satu cerita tak?

      

“…Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( sebab-sebab keduniaan) yang ingin diperolehinya,ataupun kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang berhijrah kerananya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ni disabdakan sebab masa penghijrahan rombongan Rasulullah S.A.W ke Madinah ,ada seorang pemuda ikut berhijrah.Dia nak ikut berhijrah sebab dia nak usha awek, nak kahwin dengan awek tu.So, nampak tak permainan dia? Dia berhijrah bukan sebab Allah. Dia berhijrah smata-mata sebab perempuan. Okay, mungkin dia berjaya dapat awek tu, sebab tu memang tujuan dia pun kan? Tapi dia akan dapat pahala ke? Wallahu’alam.

 

Hijrah kita pulak macam mana? Hijrah kita adalah hijrah dari tak baik kepada baik. Dari baik kepada yang lebih baik. Tapi kenapa kita berhijrah? Untuk siapa kita berhijrah? Apa niat kita?

 

Tepuk dada, tanya iman (:

 

Jom betulkan niat!

No comments:

Post a Comment