Sunday 13 July 2014

NIAT


(:
Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, Allah masih beri peluang pada kita untuk meneruskan hidup, memperbaiki iman dan mengajak orang sekeliling ke arah kebaikan.

(Ohh . terasa matured pulak bila intro camtu XD )

 

Today, I wanna talk about niat. *Berdiri kat stage sambil pegang microphone*

 

Kenapa niat?

 

Niat tu penting wooo.

 

Dengan niat, kita dapat bezakan mandi wajib atau mandi sunat. Dengan niat, kita dapat bezakan solat fardu atau solat sunat.Dengan niat kita dapat bezakan sama ada kita tolong mak cik lintas jalan tu sebab memang nak tolong atau sebab nak usha lelaki yang ada kat sebelah mak cik tu.Opss.

 

 

It’s all about NIAT or INTENTION

 

Dalam buku Hadith 40, hadis first yang diterangkan adalah niat.Sebab niat tu memang penting. Niat tu asas kepada apa-apa yang kita nak buat.

 

Imam Al- Baihaki kata,

“Tiada terkira amalan orang yang tidak berniat.”

 

So, apa-apa yang kita nak buat tu kita kena niat. Niat tu bukan setakat lafaz kat mulut je. Kena hadirkan kat  hati jugak. Tak lafaz kat mulut tak semestinya kau takde niat.

 

Contohnya kau bangun sahur sebab nak puasa. Tapi kau tak lafazkan niat. Kau tetap dikira berpuasa sebab kau sahur tu pun dah dikira niat. Ada ke orang sahur sebab nak pergi racing? Takde kan?Orang sahur memang sebab nak puasa kan?

Okay, faham?

 

Siapa yang rasa diri dia dah berubah jadi agak baik? (Ish. Tak payahlah nak angkat tangan.)

 

Alhamdulillah. Tahniah kepada anda yang dah turn to a better person. It’s kinda a good news.

 

Tapi, sebenarnya apa niat kita jadi baik?

 

Adakah kita  jadi baik sebab crush kita tu stok-stok ustaz ustazah? Atau kita jadi baik sebab nak suruh orang lain puji kita? Atau jadi baik supaya makcik jiran berkenan untuk buat menantu? Atau apa?

 

Tahu tak tujuan kita hidup ni untuk apa?

 

Okay, rujuk [2:30] dengan [51:56]

 

Ish. Lambatlah korang. Takpe biar saya bagitahu.

 

Kita ni diciptakan untuk beribadat kepada Allah. Beribadat 24/7. Kan?

 

So, apa-apa amalan baik yang kita buat tu, kita niatkan lah sebagai ibadat.

 

 

Semuanya bermula dengan niat. Jadi, bagi sesiapa yang dah ada terpesong niat tu (including me), sila betulkan niat. Kalau tak, rugi je amalan yang kita buat kalau niat sebab lain.Kan?

 

Nak tahu satu cerita tak?

      

“…Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia ( sebab-sebab keduniaan) yang ingin diperolehinya,ataupun kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang berhijrah kerananya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ni disabdakan sebab masa penghijrahan rombongan Rasulullah S.A.W ke Madinah ,ada seorang pemuda ikut berhijrah.Dia nak ikut berhijrah sebab dia nak usha awek, nak kahwin dengan awek tu.So, nampak tak permainan dia? Dia berhijrah bukan sebab Allah. Dia berhijrah smata-mata sebab perempuan. Okay, mungkin dia berjaya dapat awek tu, sebab tu memang tujuan dia pun kan? Tapi dia akan dapat pahala ke? Wallahu’alam.

 

Hijrah kita pulak macam mana? Hijrah kita adalah hijrah dari tak baik kepada baik. Dari baik kepada yang lebih baik. Tapi kenapa kita berhijrah? Untuk siapa kita berhijrah? Apa niat kita?

 

Tepuk dada, tanya iman (:

 

Jom betulkan niat!

Sunday 29 June 2014

CHANGE !


:)

A few months lepas habis sekolah, saya deactive FesBuk. Sebab apa? Sebab banyak gambar saya yang tak lawa dalam tu. Oppss. Hehee

 

Tak tak. Kidding.

 

Sebab banyak benda lagha yang saya buat kat Fesbuk tu. Senang kata, FesBuk tu banyak mendatangkan benda yang tak baik untuk saya. As for me lah. But if korang rasa FesBuk tu baik untuk korang, just go on.

 

Dan otomatik, hubungan dengan ex-senior(s) semua terus terputus. Nak cari senior guna WeChat macam menyusahkan.So, saya biar je. Next tima saya nak buat acc FesBuk baru yang lebih matang, yang lebih Diva dan lebih Hotsetapp. Opss.

 

Tapi ada sorang senior yang saya still contact. And oh! Dia changes A LOT. I mean, changes in a good way. Alhamdulillah.

 

Tapi mula-mula chat dengan dia, saya rasa macam bintang-bintang-bulan semua berpusing kat kepala saya.Pening woooi bahasa dia.

 

Muntij, Hadaf, Ghuzwatul Fikr dan macam-macam lagi. Alien punya bahasa kot?

 

Rupanya dia join usrah. Usrah yang membawa pemuda pemudi Islam menegakkan syiar Islam. Dan bila join usrah, konfemlah macam-macam bahasa Alien diorang guna. Boleh pulak dibedalnya guna bahasa alien bila dia chat dengan saya.Ish.

 

Group usrah atau group Liqa’ dia hebat wooo. Diorang kaji Al Quran dan Hadis. Dia siap boleh terangkan kaitan antara ayat tu dengan hadis tu . Dan kaitan antara hadis ni dengan ayat Quran ni. Dan bila saya puji, dia kata segala puji-pujian balik pada Allah. Dan dia kata sebenarnya tu semua benda basic.

 

Ulang suara, BASIC. Basic? Tapi saya lansung tak tahu apa-apa T_T

Saya baru terhegeh-hegeh nak masuk hadis 5 yang dalam naskah Hadith40 tu, dia dah berdezupppp!Biarkan saya makan asap. Lambatnya? Ye, lambat. Sebab saya malas. Saya malas sangat. Ish.

 

Akhirnya saya sedar, orang lain dah maju ke depan, saya masih lagi  bertatih. Memang kena kejar ni. Mana aci. Asyik saya je kena tinggal kat belakang.

 

Dan yang paling menjealous kan saya, dia dah nampak Inche Gabbana depan-depan. Seronok okay bila dapat jumpa dengan orang yang banyak ilmu agama face to face. Actually kalau nak ilmu, boleh je baca belog Inche Gabbana tu. Tapi jumpa dengan baca lain beb.

 

“Eyt Si Gadis Desa. Inche Gabbana tu lelaki. Awak tu perempuan.Pandangan mata tu jaga. Ikthilat tu jaga.”

 

Zapp!!!Astaghfirullahaladzim.

 

Cintailah dakwah yang diberi bukan cintai pendakwah!

FINAL EXAM


:)
That day masa saya tengah busy kuak lentang atas katil, ada member datang jumpa saya. Mata dia merah. Baru lepas nangis lettew. Saya buatlah nestum untuk dia. Bagi tenang sikit.

“Eisya,(bukan name betul ponn) I have a very very very very big problem.”Dia tengok je gelas nestum tu.Tak cuit pun. Never mind. Orang tengah sedih memang tak de selera nak minum nak makan.

“Okay,tell me.What’s it?”Saya duduk sebelah dia sambil peluk bahu dia.

“My family . . . blablabla…”Saya angguk je dengar apa dia cakap sambil usap-usap bahu dia.

“Hey,I thougt u’re a tough girl. So, now what?”Nada kidding dengan diselitkan dengan ketawa sopan sikit-sikit. :D

“Aku tak kuatlah when it comes pasal my family.” Makin banyak pulak air mata dia keluar.Ah sudah!

“Hey syhhh. Kenapa kau nak sedih? Kau tau tak kau patut bersyukur?”

Laju dia pandang saya. Muka gaya terkejut je. “Aku ada masalah kot.Then kau kata aku kena bersyukur?”

Saya senyum. “Yup. Syukur. Syukur sebab Allah pilih kau untuk dapat pahala. Syukur sebab masalah tu tandanya Allah ingat kat kau. Syukur sebab makin besar ujian Allah kat kau, makin besar sayang Dia kat kau. Syukur sebab dengan ujian-ujian tu semua yang buat kau jadi kuat.What doesn’t kill u makes u stronger.”

Dia angguk.Tapi mata masih lagi berair. Aku bangun bukak locker. Keluarkan tisu.

“Ish kau ni. Allah nak bagi pahala, boleh pulak kau menangis.” Saya tumbuk perlahan bahu dia.

Dia ketawa dalam menagis.Tisu ditekap ke muka.

“Ujian-ujian yang Allah bagi ni, kita anggap je macam kuiz, assignment and tesis yang lecturer bagi.”

“Maksud?Aku tak reti nak kupas ayat melankolik kau tu.”

“Ish kau ni. Bagilah chance kat aku nak jadi panglipur lara ke apa.I mean, kuiz, assignment and segala macam benda tu semua lecturer bagi sebab nak kumpul markah kita untuk  final exam kan? Sama jugak dengan ujian yang Allah bagi.Dia bagi kita ujian sebab nak kumpul pahala kita untuk exam kat padang Mahsyar nanti.

Dia senyum then angguk. Tapi tak lama pun dia senyum. Muka dia sedih balik, “Tapi it’s about my family. Aku tak boleh blahlah kalau pasal family.”

“Tapi…”

“Okay. Back to the kuiz, assignment tadi tu.Kenapa lecturer tak bagi kita kuiz medic? Kenapa lecturer tak suruh kita buat assignment mecanical engineering?”

“Kau dah kenapa? Dah namanya pun kita ni budak satistic.Nak buat apa dia bagi kita kuiz , assignment yang mengarut-ngarut? Boleh terkebil weh kita tatau nak buat apa kalau camtu.”

”Okay, lecturer tak bagi kita assignment pasal medic sebab dia tahu kita budak statistic. Dia tahu kita tak mampu nak buat assignment mecic. Dia tahu kita akan terkebil-kebil kalau dia bagi kita kuiz mechanical engineering.Haaah! Samalah. Allah bagi kita ujian ikut apa yang kita mampu. Ikut tahap kita. Kan? Get it?”Semangat je gaya saya bercakap. Siap tangan-tangan sekali bergerak.

Dia senyum.”Yea, got it. Thanks.”Laju dia peluk saya.

“No biggie, dear.And oh! Jangan lupa refer [2:45] and [10:109]”

“Okay I’ll. Aku nak balik room dulu.Thanks to be a good listener and also a great penasihat.U know, I’ll be there anytime u need me. And again, thanks a lot.”

“Alhamdulillah.” Saya  angguk.

“And err..BTW thanks for the yummy nestum. Aku basuh gelas ni kejap ek.” Dia bangun sambil capai gelas  yang ada atas meja.Lepas tu keluar dari bilik saya.

Eh? Bila masa dia minum?

 “Allah tak akan membebani hambaNya dengan apa yang mereka tak mampu.”

MASA TERUS BERJALAN


Uishh. Diva betul masa. Siap ada kaki boleh berjalan.

Eh tak tak. Gurau.

Assalamualaikum.

Cliché la kan waktu sekarang semua sibuk nak cakap pasal Ramadan. Tahu kenapa? Kemon ah. Bulan penuh barakah kot. Even kalau semua manusia yang ada kat bumi ni cakap atau tulis pasal ramadan pun, konfem takkan pernah habislah.

Tak payah saya cerita pun, korang konfem tahu kan betapa istimewanya bulan Ramadan ni kan?

Okehh, tak payah cakap banyak.

“Jom kejar Lailatul Qadr?”

Heh. Bunyinya macam senang je. Hakikatnya tak ramai yang dapat peluang menikmati Lailatul Qadr sebab tidur tu  sangat enak dan nikmat, kan?

Dush!Mantop tepat ke jantung!

I hate to say this, but yea,saya mengaku.Saya yakin, saya tak pernah dapat malam Lailatul Qadr. T_T  Rugi kan? Masa lima tahun sekolah asrama penuh, konon-konon semangat ajak kawan-kawan buat solat malam sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan. But at last, hampeh. Sahur pun tak bangun.Lagi sekali, ruginya. T___T

Bila fikir balik. Wehh rugi wooooi!

Masa kat hostel dululah waktu yang paling bagus untuk kejar lailatul Qadr sepatutnya coz dulu budak-budaknye skema. Opss. Hehee.

Maka?

Maka, jom lah weh kita sama-sama rebut Lailatul Qadr.  Tak tahu lagi tahun depan dapat ke tak,kan? Jomlah…Jomlaahh

Tahulah tidur tu best. Tapi kita ada lagi 11 bulan yang lain untuk tidur lebih masa kan?

Okay, jom kita sama-sama mintak pada Allah supaya Allah makbulkan hajat kita untuk beramal ibadat masa Lailatul Qadr. Tahu kan waktu dah nak berbuka puasa tu salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa?Nahh! Masa tulah kita doa supaya Allah pilih kita untuk dapat Lailatul Qadr.

FOOTKIYUT NOTE:

Ustaz IKIM.fm cakap, Kalau nak tahu whether amalan kita masa bulan puasa tu diterima atau tak, kita kena tengok amalan lepas bulan puasa. Kalau kita consistent beramal baik lepas bulan puasa, In Shaa Allah, amalan kita diteima. Tapi kalau lepas bulan puasa kita terejal semula, takut-takut amalan kita tak diterima. Naudzubillah.

Si Gadis Desa, apa kaitan dengan tajuk?

Pandang kiri. Pandang kanan. Pandang atas. Eh, cantik kan bulan malam ni . . . ?

Thursday 12 June 2014

IMAN KU !

Ape kabar iman?


Sesiapa yang namanya Iman, tak payah nak jawab.Hehee.
Hmm. Apalah agaknya khabar iman kita kan?


Kan best kalau IMAN ni sistemnya macam battery bar yang ada kat penjuru kanan handphone tu. Kalau iman tinggal nyawa-nyawa ikan, kita dapat alert. Lepas tu tukar jadi kaler merah. Then, kita charge balik iman tu bagi penuh sampai 100% kaler hijau. Takdelah kita leka kejar dunia kan?


But, IMAN is not like that. It can’t be like that. That’s why kita kena sentiasa berwaspada, kena sentiasa hati-hati supaya Iman kita tak tukar jadi kaler merah.
Hahaiii. Apalah khabar Iman saya ni?


Okay. Saya actually nak kongsi pasal kelazatan Iman /Kemanisan Iman
Ingat tak, kita pernah belajar masa Form 4 atau Form 5 pasal kemanisan iman ni? Ingat tak? Tak ingat? Okay, tak ingat sebab kita belajar semata-mata untuk SPM.

Memang saya cakap dengan cermin.

Kemanisan iman
-            ----.Menyayangi Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.
-          ----Menyayangi sesama manusia kerana Allah
-           ----Benci kepada maksiat seperti bencinya kita jika dimasukkan ke dalam api neraka.
  
Mata masuk pasir.  T_______T


Sungguhlah saya masih belum capai tahap dapat rasa kemanisan iman tu. Allah!


MENYAYANGI ALLAH DAN RASULULLAH MELEBIHI SEGALA-GALANYA.


#Kalau Iphone 5S kita jatuh, boleh meraung kita. Wehh. Mahal tu. Siap kita belek-belek smartphone tu. Takutlah tercalar ke apa.

Tapi, kalau Al-Quran jatuh? Kita amek, lepas tu letak atas bookshelf dan pergi. Tanpa perasaan.

Jadi, apa atau siapa yang lebih kita sayang?

#Kalau makwe pakwe kita kena maki, sanggup kita jumpa si pemaki untuk maki orang tu semula. Atau untuk kasi ajar sikit orang tu supaya dia tak buat lagi benda luar alam tu.

Tapi kalau ada orang lain yang post/share  kat FesBuk pasal ada non-muslim yang maki Rasulullah? Kita cuma cakap dalam hati, “Kurang ajar betul orang ni.”Lepas tu baca status yang lain pulak.

Jadi, mana bukti kita sayang Allah dan Rasulullah melebihi segalanya?

#Kalau terlepas konsert Taylor Swift, kita sampai boleh menangis dua tiga hari tak henti.

Tapi kalau terlepas ceramah Ustaz Azhar Idrus, kita watlek watpis je kata, “Lepak der, boleh tengok kat YouTube.”


And yet we said we love Allah and Rasulullah more than anything? Talk to the hand je lah…


MENYAYANGI SESAMA MANUSIA KERANA ALLAH


#Bila dalam kelas tu ada geng budak hot and budak biasa, kita confirm nak masuk geng budak hot. Kemon ah. Budak hot kot. Siapa yang tak nak kawan dengan budak hot?

Budak hot gelak kuat-kuat, kita ikut gelak kuat-kuat. Budak hot tegur lelaki lalu-lalang depan kelas,  kita ikut tegur budak lelaki. Budak hot couple keliling pinggang, kita couple sampai penuh pinggang. Hot, okehh!

#Kalau budak biasa tolong Makcik Cleaner sapu sampah, jeling-jeling sampai juling mata. Kalau budak biasa buat baik dengan lecturer, cakap mengampu.


Jadi, kita sayang manusia sebab apa? Kerana Allah atau sebab status diorang yang hot-bahang tu?


BENCI KEPADA MAKSIAT SEPERTI BENCINYA KITA JIKA DIMASUKKAN KE DALAM API NERAKA


#Kata benci maksiat, tapi mengumpat jadi makanan hari-hari.

#Kata benci maksiat, tapi pandang senior handsome tak boleh lepas.

#Kata benci maksiat, tapi message dengan bukan mahram guna mama-papa, baby-anje, sayang-abang.

Jadi, sejauh mana kita benci maksiat? Betul ke kita benci maksiat?
* * *
Jatuh terduduk .

Allah.Jauhnya saya untuk rasa tahap kemanisan iman tu. Jauhnya kita. Jauhnya…
Allah Allah Allah . . . 

CUCI HATI


(:
That day saya ada terdengar penceramah kat radio IKIM.fm cakap pasal ‘Cuci Hati’.
  
Wehh Si Gadis Desa, kau biar betul? Ada lagi ke manusia yang nak dengar radio    yang tagline dia ‘Pilihan Utama Anda’ tu?”


Ish.Adelaaa… Ramai yang dengar. Mak saya selalu dengar ape. Tulah, radio yang banyak cakap pasal agama tak nak dengar.Tutup telinga. Tukar siaran. Radio yang melagha siarkan lagu tahpape tu sibuk nak dengar.


Okehh. Saya cakap kat cermin.  =.=’


Okehh back to our discussion. Sebenarnya, kita ni susah sangat nak change to a better person sebab hati kita kotor. Banyak kotoran degil. Banyak benda yang bertapa kat hati kita ni.


Nak cuci hati bukan senang. Bukan boleh campak hati dalam washing machine lepas tu letak Dynamo banyak-banyak.Then dah siap, sidai. Takdo maknonye.
Salah satu cara nak sucikan hati, kita kena sebut  “ASTAGHFIRULLAHALADZIM” sebanyak 1000 kali. Banyak? Amboi. Message , chat sampai dua tiga ribu words tu takde mengeluh pun? Berbual dengan friends, siblings sampai tiga jam tak henti tader hal pun?


Okehh cakap kat cermin lagi.


Ye, memang  1000 banyak. Tapi kita boleh dividekan.
Contohnya, dua ratus masa solat Subuh. Dua ratus Zohor, dua ratus Asar, dua ratus Maghrib, dua ratus Isyak.Mudah kan? Takpun 100 sebelum solat, 100 lagi lepas solat. Uihhh mudah mudah.


Then, Ustaz tu cakap lagi. Syaitan ni boleh masuk dalam badan kita, melepak dalam badan kita, mengalir dalam darah kita ikut sedap rasa diorang jek. Sebab tu sometime, senang je kita nak ikut hasutan dia. Eh, bukan sometime tapi almost all the time.Hehee.Sebab diorang memang dah tanam sifat mazmumah dalam diri kita.


Cara nak halau segala keturunan mak datuk perangai mazmumah tu keluar, kita baca ayat 17 sampai 18 dalam surah At-Takwir.


Maksud ayat tu,

     17.demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya.

     18.dan demi subuh  apabila fajarnya mulai menyinsing.
     (tapi korang bacalah dalam bahasa arab.) 


Caranya, baca ayat tu tiga kali then tarik nafas sedalam-dalamnya. Masa tarik nafas tu korang mintalah “ semoga masuk segala kebaikan, kerajinan, kerendahan hati,kepandaian atau apa-apa yang baik yang korang nak mintak. Then hembus nafas sampai habis and masa hembus tu korang niatlah keluarkan segala riak, takbur, malas atau apa-apa sifat mazmumah yang korang nak buang. Buat dua kali dalam sehari. Sekali sebelum Subuh atau in between, lagi sekali masa lepas Isyak. Tapi kalau nak buat banyak kali pun tader hal. Lagi baguss.


In Shaa Allah.

GARISAN MULA !

(:


Eheh! Apakah tajuk camtu? Tak hotsetapp lansung. Okehh abaikan.
Hai assalamualaikum ya akhawat ya ikhwah semuanya.  * Tangan kiri melambai sambil tangan kanan mem-flying kiss.*


Huh. Tak payah ‘SEMUANYA’ sangatlah. Viewers tak ramai. Followers pun tader, lagi nak membajet”


Streeeeetttt!!! Tersentak. Oh  O---KAY.Fine.Cis! Suara siapa tu. Syuhh syuhh . Ganggu keamanan jiwa betullah!


Hahaiii. Now I’m here. Yea here. Atas kerusi kaler hitam. I mean, kerusi kaler hitam milik si UiTM ____________ (Maaf. Nama U dirahsiakan atas sebab tak nak para peminat menyerbu U untuk berjumpa saya dan sibuk “nak signnnn”) Hamboi kau!


Okehh berbalik pada tajuk yang lansung bukan dalam kalangan hotsetapp tu. Why ‘Garisan Permualan’? Why? Why? And why?


Okay, first of all, tajuk tu menggambarkan hidup saya yang baru nak mula. Eh tak tak. Bukan maksudnya saya ni baby yang baru setaun dua nak hidup tu.Bukan. I mean, hidup dengan cara yang betul. Yang ikut syariat. Yang tak lagha (Lalai) . Yang menuju keredahaan Allah. Yang better than sepanjang selama ni saya bertapa di bumi ni.


Tell u what, I’m not kinda person yang datang dari family yang sangat baik atau sangat warak atau sangat alim. Saya datang dari family yang biasa je. Yang solat asal cukup.Yang puasa sebab tu rukun Islam. Yang berzakat sebab benda tu basic dalam Islam. Senang cerita saya ni dari family yang amalkan Islam dalam kadar yang biasa and basic. Dhuha and solat malam tu kalau rajin atau kalau ada something yang kitorang betul-betul nak.


Okehh. No need to mengata dalam hati. Yea I know, kitorang teruk. Tak tahu bersyukur. Cakaplah ape je. Saya terima coz that are the facts kan?


That’s why saya kata ‘Garisan Permulaan’ sebab saya nak mulakan hidup yang lebih bermakna as a muslimah.


Aip aip aip.Saya buat belog ni bukanlah untuk menunjuk kat korang  yang saya ni konon-konon nak jadi baik ke atau nak suruh orang puji ke atau nak jadi idol sesape ke atau nak dapat viewers yang banyak ke atau apa-apa je lah.


Saya buat belog ni sebab saya tau kat luar sana ramai yang macam saya. Nahh! Saya buat belog ni sebab saya nak ajak semua yang macam saya tu mulakan hidup baru. Saya tau orang macam saya ni kena mula step by step. So jom bantu saya untuk mulakan hidup step by step gaya amatur supaya tak lah kita tertinggal jauh. Saya sedar, untuk jadi macam Inche Gabbana atau Budak Tomato atau Inche Kopiah tu bukannya boleh dalam sehari dua.Diorang tu dah tahap ‘pehh tak tau nak cakap ape!’ Saya ni pulak baru tahap nak belajar tujuan hidup kat dunia ni.

Takpe. Biar merangkak asalkan ada hasil. Jangan mengejar tapi peluh masam je yang dapat. Yedakk?