Ape kabar iman?
Sesiapa yang namanya
Iman, tak payah nak jawab.Hehee.
Hmm. Apalah agaknya
khabar iman kita kan?
Kan best kalau IMAN ni
sistemnya macam battery bar yang ada kat penjuru kanan handphone tu. Kalau iman
tinggal nyawa-nyawa ikan, kita dapat alert. Lepas tu tukar jadi kaler merah.
Then, kita charge balik iman tu bagi penuh sampai 100% kaler hijau. Takdelah
kita leka kejar dunia kan?
But, IMAN is not like
that. It can’t be like that. That’s why kita kena sentiasa berwaspada, kena
sentiasa hati-hati supaya Iman kita tak tukar jadi kaler merah.
Hahaiii. Apalah khabar
Iman saya ni?
Okay. Saya actually nak
kongsi pasal kelazatan Iman /Kemanisan Iman
Ingat tak, kita pernah
belajar masa Form 4 atau Form 5 pasal kemanisan iman ni? Ingat tak? Tak ingat?
Okay, tak ingat sebab kita belajar semata-mata untuk SPM.
Memang saya cakap dengan
cermin.
Kemanisan iman
- ----.Menyayangi
Allah dan Rasulullah melebihi segala-galanya.
- ----Menyayangi
sesama manusia kerana Allah
- ----Benci kepada
maksiat seperti bencinya kita jika dimasukkan ke dalam api neraka.
Mata masuk pasir. T_______T
Sungguhlah saya masih
belum capai tahap dapat rasa kemanisan iman tu. Allah!
MENYAYANGI
ALLAH DAN RASULULLAH MELEBIHI SEGALA-GALANYA.
#Kalau Iphone 5S kita jatuh, boleh meraung kita. Wehh. Mahal tu. Siap
kita belek-belek smartphone tu. Takutlah tercalar ke apa.
Tapi, kalau Al-Quran jatuh? Kita amek, lepas tu letak atas bookshelf dan
pergi. Tanpa perasaan.
Jadi, apa atau siapa yang lebih kita sayang?
#Kalau makwe pakwe kita kena maki, sanggup kita jumpa si pemaki untuk
maki orang tu semula. Atau untuk kasi ajar sikit orang tu supaya dia tak buat lagi
benda luar alam tu.
Tapi kalau ada orang lain yang post/share kat FesBuk pasal ada non-muslim yang maki
Rasulullah? Kita cuma cakap dalam hati, “Kurang ajar betul orang ni.”Lepas tu
baca status yang lain pulak.
Jadi, mana bukti kita sayang Allah dan Rasulullah melebihi segalanya?
#Kalau terlepas konsert Taylor Swift, kita sampai boleh menangis dua tiga
hari tak henti.
Tapi kalau terlepas ceramah Ustaz Azhar Idrus, kita watlek watpis je
kata, “Lepak der, boleh tengok kat YouTube.”
And yet we said we love Allah and Rasulullah more than anything? Talk to
the hand je lah…
MENYAYANGI
SESAMA MANUSIA KERANA ALLAH
#Bila dalam kelas tu ada
geng budak hot and budak biasa, kita confirm nak masuk geng budak hot. Kemon
ah. Budak hot kot. Siapa yang tak nak kawan dengan budak hot?
Budak hot gelak
kuat-kuat, kita ikut gelak kuat-kuat. Budak hot tegur lelaki lalu-lalang depan
kelas, kita ikut tegur budak lelaki.
Budak hot couple keliling pinggang, kita couple sampai penuh pinggang. Hot,
okehh!
#Kalau budak biasa tolong
Makcik Cleaner sapu sampah, jeling-jeling sampai juling mata. Kalau budak biasa
buat baik dengan lecturer, cakap mengampu.
Jadi, kita sayang
manusia sebab apa? Kerana Allah atau sebab status diorang yang hot-bahang tu?
BENCI
KEPADA MAKSIAT SEPERTI BENCINYA KITA JIKA DIMASUKKAN KE DALAM API NERAKA
#Kata benci maksiat, tapi
mengumpat jadi makanan hari-hari.
#Kata benci maksiat, tapi
pandang senior handsome tak boleh lepas.
#Kata benci maksiat, tapi
message dengan bukan mahram guna mama-papa, baby-anje, sayang-abang.
Jadi, sejauh mana kita benci maksiat? Betul ke
kita benci maksiat?
* * *
Jatuh terduduk .
Allah.Jauhnya saya untuk
rasa tahap kemanisan iman tu. Jauhnya kita. Jauhnya…
Allah Allah Allah . . .
pehh pehh. Sentaplah Si Gadis Desa. Memang terkena batang hidung sendiri.
ReplyDeleteBTW, it's a great entry. Thanks :)
hehee. maaf maaf. takde intention nak tujukan kat sesape pun. tu namanye mengumpat diri sediri :)
ReplyDelete