Alhamdulillah, Allah
masih beri peluang pada kita untuk meneruskan hidup, memperbaiki iman dan
mengajak orang sekeliling ke arah kebaikan.
(Ohh . terasa matured pulak bila
intro camtu XD )
Today, I wanna talk
about niat. *Berdiri kat stage sambil pegang microphone*
Kenapa niat?
Niat tu penting wooo.
Dengan niat, kita dapat
bezakan mandi wajib atau mandi sunat. Dengan niat, kita dapat bezakan solat
fardu atau solat sunat.Dengan niat kita dapat bezakan sama ada kita tolong mak
cik lintas jalan tu sebab memang nak tolong atau sebab nak usha lelaki yang ada
kat sebelah mak cik tu.Opss.
It’s all about NIAT or
INTENTION
Dalam buku Hadith 40,
hadis first yang diterangkan adalah niat.Sebab niat tu memang penting. Niat tu
asas kepada apa-apa yang kita nak buat.
Imam Al- Baihaki kata,
“Tiada
terkira amalan orang yang tidak berniat.”
So, apa-apa yang kita
nak buat tu kita kena niat. Niat tu bukan setakat lafaz kat mulut je. Kena
hadirkan kat hati jugak. Tak lafaz kat
mulut tak semestinya kau takde niat.
Contohnya kau bangun
sahur sebab nak puasa. Tapi kau tak lafazkan niat. Kau tetap dikira berpuasa
sebab kau sahur tu pun dah dikira niat. Ada ke orang sahur sebab nak pergi
racing? Takde kan?Orang sahur memang sebab nak puasa kan?
Okay, faham?
Siapa yang rasa diri dia
dah berubah jadi agak baik? (Ish. Tak payahlah nak angkat tangan.)
Alhamdulillah. Tahniah
kepada anda yang dah turn to a better person. It’s kinda a good news.
Tapi, sebenarnya apa
niat kita jadi baik?
Adakah kita jadi baik sebab crush kita tu stok-stok ustaz
ustazah? Atau kita jadi baik sebab nak suruh orang lain puji kita? Atau jadi
baik supaya makcik jiran berkenan untuk buat menantu? Atau apa?
Tahu tak tujuan kita
hidup ni untuk apa?
Okay, rujuk [2:30]
dengan [51:56]
Ish. Lambatlah korang.
Takpe biar saya bagitahu.
Kita ni diciptakan untuk
beribadat kepada Allah. Beribadat 24/7. Kan?
So, apa-apa amalan baik
yang kita buat tu, kita niatkan lah sebagai ibadat.
Semuanya bermula dengan
niat. Jadi, bagi sesiapa yang dah ada terpesong niat tu (including me), sila
betulkan niat. Kalau tak, rugi je amalan yang kita buat kalau niat sebab
lain.Kan?
Nak tahu satu cerita
tak?
“…Dan barangsiapa yang
berhijrah kerana dunia ( sebab-sebab keduniaan) yang ingin
diperolehinya,ataupun kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka
hijrahnya itu adalah kepada apa yang berhijrah kerananya.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Hadis ni disabdakan
sebab masa penghijrahan rombongan Rasulullah S.A.W ke Madinah ,ada seorang
pemuda ikut berhijrah.Dia nak ikut berhijrah sebab dia nak usha awek, nak
kahwin dengan awek tu.So, nampak tak permainan dia? Dia berhijrah bukan sebab
Allah. Dia berhijrah smata-mata sebab perempuan. Okay, mungkin dia berjaya
dapat awek tu, sebab tu memang tujuan dia pun kan? Tapi dia akan dapat pahala
ke? Wallahu’alam.
Hijrah kita pulak macam
mana? Hijrah kita adalah hijrah dari tak baik kepada baik. Dari baik kepada
yang lebih baik. Tapi kenapa kita berhijrah? Untuk siapa kita berhijrah? Apa
niat kita?
Tepuk dada, tanya iman
(:
Jom betulkan niat!